Ramai orang termasuk sahabat2 bertanya
tentang sistem hafazan dan murajaah yang baik. Di sini akan saya nyatakan
secara umum. Mungkin lain orang lain caranya. Lain pelajar lain gurunya.
Justeru anggaplah ini satu perkongsian kecil dari saya untuk perbincangan
bersama.
Sistem hafazan dan murajaah saya bahagikan kepada tiga .
Pertama dinamakan tasmi’, kedua sabqi dan ketiga muraja’ah. Saya perincikan
sebagaimana di bawah.
Tasmi’ :
Merupakan hafazan baru yang akan anda perdengarkan setiap
hari kepada guru anda. Tasmi’ juga dikenali dengan nama “ sabaq ”. Ia bermaksud
hafazan baru. Hafazan baru adalah bergantung kepada kemampuan dan keupayaan
seseorang pelajar. Kebiasaanya adalah satu atau dua muka. Bagi yang mampu mendapatkan
dua muka ( sehelai ) untuk setiap hari secara istiqamah, saya golongkan dalam
golongan yang excellent. Bagi yang mampu istiqamah semuka saya kira sebagai
golongan sederhana dan bagi yang mendapat kurang daripada itu boleh dikelaskan
sebagai lemah.
Sabqi :
Merupakan i’adah atau ulangan pada juzu’ yang sedang anda
hafaz. Bagi pelajar Darul Quran, seringkali pelik dengan istilah ini apabila
saya sebutkan kepada mereka. Teknik ini terkadang tidak popular dan tidak
digunakan secara rasmi di sesetengah Maahad Tahfiz. Namun bagi saya ia adalah
bahagian yang sangat penting. Contoh mudah untuk anda faham ; sekiranya anda
sedang menghafaz juzuk 5 mukasurat ke 8 iaitu helaian yang keempat, maka muka
surat 1 sehingga muka surat ke 7 dinamakan sebagai Sabqi. Ia juga dikenali
dengan nama “ para sabaq ”.
Muraja’ah :
Merupakan ulangan anda bagi juzuk2 yang telah anda hafaz.
Contohnya anda sedang menghafaz juzuk 5, maka juzuk 1 sehingga 4 dinamakan
sebagai murajaah. Ia juga dikenali dengan nama “ i’adah ”dan “ manzil ”.
MEMAHAMI
KEPENTINGAN TASMI’, SABQI DAN MURAJA’AH
Sebagai seorang penghafaz Al-quran , ketiga2 sistem di atas
merupakan perkara wajib yang akan dilalui oleh anda. Justeru, di peringkat
permulaan saya nyatakan , adalah teramat penting untuk seorang penghafaz
Al-Quran itu memahami sejelas2nya tentang kepentingan setiap sistem tersebut.
Kepentingan Tasmi’ :
Perkara asas yang sedia dimaklumi oleh semua penghafaz
Al-Quran. Jika tiada hafazan baru, bagaimana untuk menamatkan hafazan 30 juzu’.
Cuma persoalannya adalah sama ada cepat atau lambat, banyak atau sikit dan
rajin atau malas.
Bagi saya, kadar yang paling baik adalah sederhana atau
pertengahan. Jangan terlalu ghairah untuk tergesa2 dan menghantar tasmi’ dengan
begitu banyak. Jangan pula terlalu lembab atau ‘penakut’ dengan menghantar
tasmi’ ‘ala kadar’ sahaja.
Manusia sebenarnya diciptakan dengan sifatnya yang sentiasa
menyukai benda baru. Sentiasa pula inginkan sesuatu yang baru dan mudah jemu
dengan yang lama. Ini tiada kaitan dengan poligami ye ( selingan ). Lumrah dan
sifat ini seringkali mendorong seseorang penghafaz Al-Quran itu untuk menambah
dan menghantar hafalan barunya sebanyak mungkin. Saya tidak katakan ianya
negatif. Mungkin juga ia satu fenomena bersifat positif dan membina. Tetapi
saya tekankan, ianya sangat2 negatif bilamana penghafaz Al-Quran itu mula
mengabaikan murajaah dan hanya ghairah mengejar hafalan baru. Hasilnya? Semakin
banyak dihafaz semakin banyak yang dia lupa.
Kepentingan Sabqi
atau Para Sabaq :
Komponen atau sistem dalam hafazan yang sangat jarang
diambil berat dan paling kerap diabaikan oleh sejumlah penghafaz Al-Quran.
Antara faktornya ialah
- Tidak tahu tentangnya
- Merasakan ianya tidak pentin
- Menyamakan ianya dengan muraja’ah, manzil atau i’adah
Secara peribadi saya nyatakan, Sabqi amat2 penting dan WAJIB
diambil berat oleh para penghafaz Al-Quran. Sabqi TIDAK SAMA dengan
muraja’ah.Antara faktor kenapa anda gagal mendapat muraja’ah dan i’adah dengan
baik adalah disebabkan anda tidak menitikberatkan persoalan Sabqi. Saya menjalani
sistem ini dan sangat memberi perhatian kepada ulangan Sabqi saya sehingga
tamat menghafaz Al-Quran.
Cuba fikirkan, secara ringkas saya bawakan contoh. Anda
biasanya menghafaz atau mendapatkan hafazan baru pada waktu malam sebanyak satu
muka, dua muka atau lebih. Biasanya selepas maghrib anda akan fokus untuk hafaz
dan sebelum tidur anda telah pun mendapat target yang anda mahukan. Kemudian
hafazan tersebut akan di ‘kemas’kan secara rapi selepas subuh sehinggalah anda
masuk ke kelas pagi untuk tasmi’. Semestinya perkara pertama bila menghadap
guru anda di waktu pagi adalah untuk tasmi’ hafazan baru.
Baik, perhatikan pula kepada minda dan ingatan anda waktu
itu. Hanya hafazan baru yang menguasai ingatan. Pastinya waktu sebelum masuk
tasmi’, anda benar2 ‘nampak’ susunan ayat2 dalam kepala. Kemudian barulah anda
tasmi’ dengan lancar. Adakah selepas tasmi’ semuanya patut berakhir? Jawapannya
adalah TIDAK. Tetapi kesilapan yang sering anda lakukan adalah menjawab YA.
Semuanya anda akhiri selepas tasmi’.
Kenapa? Kerana anda tidak perlu menghantar Sabqi kepada guru
anda. Anda tidak mempunyai ‘paksaan’ untuk itu. Anda akan kembali ke tempat
duduk, kemudian mula mengulangi muraja’ah dan i’adah. Sedarkah anda, andainya
selepas zohor atau selepas asar anda diminta membacakan ayat2 yang pada sebelah
paginya anda dapat tasmi’ dengan lancar dan baik, anda sekali2 TIDAK AKAN dapat
membacanya bahkan mengingatinya dengan baik? Semuanya berterabur dan ‘tak
nampak’. Sudah saya nyatakan sebabnya, iaitu kelompangan pada Sabqi.
Otak anda boleh dibahagikan kepada tiga. Bahagian depan,
tengah dan belakang.
Kenapa paginya anda boleh tasmi’ dengan baik tetapi
petangnya apa yang anda tasmi’ pagi tadi telahpun anda lupa? Kerana hafazan
pagi tadi hanya berada dibahagian hadapan otak anda, bukan masuk ke tengah jauh
sekali ke belakang. Senang kata, hanya “bermain2 di depan pintu masuk”. Bila2
masa sahaja ia akan keluar balik. Bagaimana untuk menjadikan hafazan baru anda
itu dapat masuk ke belakang atau sekurang2nya ke tengah?
Caranya adalah, selepas anda tasmi’ yang baru ( samada
semuka, dua muka atau lebih ) anda kembali ke tempat duduk, ulang semula
hafazan tersebut dan campurkan dengan tasmi’ anda yang semalam , kelmarin
sehinggalah ke awal juzu’. Perhatikan ; kiranya anda baru sahaja menghantar
tasmi’ mukasurat ke 12 juzuk 6, maka anda perlu ulang balik kesemua 12
mukasurat juzuk 6 itu dan lebih baik kalau anda dapat hantar Sabqi itu untuk
disemak oleh ustaz. Saya berani katakan bahawa, SABQI LEBIH SUSAH UNTUK DIULANG
BERBANDING MURAJA’AH. Kebiasaannya, tasmi’ semalam dengan kelmarin sudah
terbang entah ke mana. Justeru berhati2 dan tolong berikan perhatian sewajarnya
pada Sabqi anda.
Kepentingan Muraja’ah
atau Manzil atau I’adah :
Sistem ini umumnya diketahui dan diamalkan secara konsisten
oleh kebanyakan Maahad Tahfiz. Umumnya semua penghafaz Al-Quran tahu tentangnya
dan kepentingan i’adah untuk diri mereka.
Bagi anda yang murajaah anda dikawal oleh guru kelas anda,
banyakkan bersyukur meskipun anda rasa tertekan dan sebagainya. Cuma yang
bermasalah adalah yang amanah muraja’ah adalah di bahu mereka sendiri. Situasi
ini berlaku pada sesetengah Maahad Tahfiz yang tiada sistem murajaah dan juga
kepada penghafaz Al-Quran yang telah khatam menghafaz Al-Quran. Mereka2 inilah
yang sangat susah mendisiplinkan diri mereka untuk murajaah segala juzuk2 yang
telah mereka hafaz. Sudahlah tak masyi, ditambah pula dengan sikap sambil lewa
dan malas, akhirnya beban amanah juzuk2 yang dihafaz terabai sebaliknya sibuk
mengejar benda2 yang lain.
Nasihat saya, tolong dan tolong, buatlah jadual murajaah
untuk diri sendiri secara konsisten dan disiplinkan diri anda dengan jadual
tersebut. Malas macam mana sekalipun, pastikan anda ulang sekurang2nya setengah
juzuk dengan baik dan benar2 ingat. Anda sendiri tahu betapa pentingnya menjaga
muraja’ah.
Saya nyatakan, lebih baik TAK LANCAR daripada TAK INGAT.
Jika anda tak lancar tetapi konsisten murajaah, ianya seribu kali lebih baik
dari anda tidak murajaah secara konsisten dan akhirnya anda tak ingat. Sebab itu
bila ramai yang mengadu kepada saya tentang murajaah mereka, saya tanya samada
‘tak ingat’ atau ‘tak lancar’. Biasanya anda bukan ‘tak ingat’ tapi ‘tak
lancar’. Kalau begitu keadaanya, bersabar dan teruskan murajaah secara
konsisten. TETAPI sekiranya anda ‘tak ingat’ hafazan2 belakang, anda sebenarnya
dalam bahaya.Buat akhirnya, fikirkan kata2 saya : UNTUK MENG ‘HAFAZ’ MURAJA’AH
YANG LAMA BERKALI GANDA LEBIH SUSAH BERBANDING MENGHAFAZ HAFALAN YANG BARU.
Fikirkan.



