Kemenangan
yang diburu tidak mudah untuk dicapai , namun kita tidak boleh putus asa .
Kerja kuat dan gigih berusaha adalah ikhtiar yang dituntut sebelum kemenangan
dikurniakan oleh Allah swt .
Sebegai
sebuah Gerakan Islam , sekurang - kurangnya kita mempunyai 5 strategi utama
untuk memastikan kemenangan kekal menjadi milik kita .
1.
Taqwa. [ taat ]
Saidina
Umar al Khattab Rha pernah mengutuskan surat wasiat kepada Komander Tentera
Islam di Iraq iaitu Saad bin Abi Waqqas Rha :
( فإني
آمرك ومن معك من الأجناد، بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة مع
العدو، وأقوى المكيدة في الحرب، وآمرك ومن معك أن تكونوا أشد احتراساً من المعاصي
منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، وإنما ينصر المسلمون بمعصية
عدوهم لله، ولولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، ولا عدتنا كعدتهم
فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة
Sesungguhnya aku memerintahkan engkau dan seluruh tentera yang
bersamamu agar bertaqwa kepada Allah swt dalam apa jua keadaan .
Sesungguhnya Taqwa adalah sebaik - baik persediaan dan strategi yang paling
kuat di dalam peperangan .
Aku
perintahkan engkau dan siapa jua yang bersamamu bahawa kamu mestilah benar -
benar berwaspada daripada maksiat yang tercetus dikalangan kamu jua dari musuh
- musuh kamu . Sesungguhnya dosa yang dilakukan oleh tentera lebih ditakuti ke
atas mereka berbanding musuh - musuh mereka .
Sesungguhnya orang - orang Islam diberi kemenangan dengan maksiat
yang dilakukan oleh musuh mereka kepada Allah swt . Jika tidak
demikian , tidaklah kita memiliki kekuatan untuk mengatasi mereka . Kerana
bilangan kita tidaklah sama berbanding jumlah bilangan mereka dan persediaan
material kita jua tidak lah sama berbanding persediaan material yang mereka
miliki .
"Andai kita juga turut melakukan maksiat sebagaimana mereka
melakukan maksiat nescaya mereka lebih kuat dan hebat daripada kita" .Saidina Umar al Khattab .
Berasaskan
wasiat Saidina Umar al farouk , petugas parti mestilah memberi perhatian serius
agar tiada dikalangan kita terjebak atau terjerumus dalam kancah maksiat dan
mungkar . Sebaliknya bertaqwa kepada Allah swt . Melaksanakan apa yang
diperintah dan tinggalkan apa yang dilarang oleh Allah swt .
Maksiat
dan mungkar menjadi penghalang utama kemenangan dan kalaupun menang , kita
bimbang ia hanyalah kemenangan yang rapuh dan menjadi istidraj [ pemberian
-kemenangan - yang tidak diredhai oleh Allah swt ]
Semua
petugas parti [ pemimpin mahupun ahli biasa ] sewajarnya mempertingkatkan
hubungan dengan Allah swt dan senantiasa meletakkan diri dalam situasi
beribadah kepada Allah swt. Maksud saya , pastikan apa jua kerja dan tugas yang
kita lakukan adalah kerana Allah swt dan ia menjadi ibadah yang soleh walau
hanya menampal poster dan memasang bendera .
2
. Juhud [ gigih dan bersungguh - sungguh ]
Biarpun
kita telah menang di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dan kita harapkan
kejayaan hatrik di Bukit Gantang , tetapi kita tidak boleh leka dan over confident . Kerana
kemenangan kita sebelumnya di Permatang Pauh , Kuala Terengganu atau lainnya
dalam pilihanraya yang pernah kita hadapi , semuanya didahului dengan kerja
kuat dan gigih . Tanpa kerja kuat kita tidak akan berjaya . Ini realitinya !
Tiada
kemenangan yang boleh dicapai hanya dengan menggosok lampu ajaib aladin . Malah
lampu itu pun tiada ditangan kita , apatah lagi aladin tidak wujud dikalangan
kita .
Ikhtiar
adalah satu kewajipan dan kesungguhan adalah satu tuntutan . Jangan ada
mereka yang hanya berpeluk tubuh dan membatu diri menyaksi keperluan yang perlu
diselesai dan disempurnakan . Lebih malang kalau hanya banyak cakap , komplen
sana sini dan memperhabiskan biskut kopi di markaz sahaja .
Saya
percaya , jika kita bersungguh - sungguh kita akan menang . من جد وجد
3.
Tawakkal . [ bergantung kepada Allah swt ]
Jangan
putus harap kepada Allah swt biarpun kita menghadapi kesukaran dalam perjuangan
ini . Sekalipun cabaran yang kita hadapi serta tekanan yang kita alami terlalu
getir dan berat , setelah kita kerahkan segala upaya yang kita miliki , kita
mesti yakin dan sandarkan keputusannya kepada Allah swt .
Setelah
gigih berdakwah berhadapan dengan 1001 ragam manusia jahiliyyah , Nabi saw
pernah bersabda [ berdoa ] : اللهم قد بلغت فاشهد
- Ya Allah ! sesungguhnya telah aku sampaikan [ kebenaran ini ]
maka saksikanlah ! -
4.
Munazzamah [ sistematik ]
Jangan
bekerja atau bertugas secara rawak atau rambang . Sebaliknya
bertindak secara terancang dan berpandukan arahan serta peraturan yang telah
ditetapkan oleh parti . Setiap tindakan mestilah melalui syura samaada di
peringkat UPU , MTD , Kawasan , Negeri atau Pusat .
Sekalipun
kita membawa kebenaran , namun tanpa rencana dan strategi yang terancang pasti
sahaja kita boleh tewas . Inilah yang telah dipertegaskan oleh Saidina Ali
Karramallahuwajhah . الحق بدون النظام يغلبه الباطل بالنظام
Kebenaran
yang diperjuangan tanpa sistematikanya akan dikalahkan oleh kebathilan yang
diurus secara sistematik .
Aktiviti
dan gerakkerja dalam tempoh yang terhad dan kemampuan kewangan yang terbatas
ini mestilah di pastikan bahawa kita tidak membazir masa dan tenaga dengan
aktiviti yang tidak menepati sasaran atau gerakkerja yang tidak membawa
pulangan besar kepada perjuangan .
5.
Istiaanah bissobri was solah . [ mohon pertolongan dengan sabar dan doa ]
Kemenangan
yang kita dambakan ini adalah daripada Allah swt , justeru itu kepadaNya kita
wajib memohon kemenangan ini . Allah swt mengajar kita agar memohon pertolongan
dengan sabar dan solat .
Sabar
Sabar
adalah kunci kejayaan dan kemenangan . Tapi ramai yang salah
faham dengan menganggap sabar sebagai kalah dan penakut . Bukankah kita mahu
Allah bersama kita dalam perjuangan ini ? maka Allah swt telah berfirman : إن الله
مع الصابرين - Sesungguhnya
Allah bersama dengan orang - orang yang sabar .
Sabar dalam tindakan agar tidak gopoh dan melencong dari matlamat asal perjuangan kita .
Sabar
dalam gerakkerja dan tugas . Jangan merungut dan mempersoalkan arahan .
Sabar
, agar diri tidak terpengaruh dengan provokasi musuh
Sabar
dari panahan fitnah perjuangan yang mungkin dari godaan manusia dan harta
Sabar
, moga tidak terlalu excited dengan sorakan ramai dan laungan penyokong yang
ramai
Sabar
dari terjebak dan terjerumus ke dalam lembah maksiat dan mungkar
Sabar
menerima arahan pimpinan biarpun berat dan sukar untuk dilaksanakan
Sabar
dengan karenah ahli yang pelbagai ragam
Sabar
jua dengan karenah pimpinan
Sabar
untuk bertahan dengan akhlak mulia sekalipun berdepan dengan penghinaan musuh
dan
1001 keadaan yang memerlukan kita sabar .
Namun
bukanlah makna sabar sehingga membenarkan musuh memijak kepala kita . Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud :
Wahai
manusia ! Jangan sekali - kali kamu bercita - cita mencari musuh sebaliknya
mohonlah kesejahteraan daripada Allah swt . Andai bertemu
jua dengan musuh , bersabarlah ! Namun begitu ,
ketahuilah bahawa sesungguhnya syurga itu berada di bawah kilatan mata pedang .
Solat
Membawa
maksud munajat dengan memanjatkan doa kepada Allah swt agar Allah memberikan
kekuatan kepada kita serta kemenangan yang telah dijanjikan . Serentak itu ,
agar Allah mengurniakan petunjukNya kepada rakyat atau pengundi dan melembutkan
hati mereka untuk menerima mesej perjuangan kita .
Siang
kita mengurus organisasi , mengatur strategi dan menggerakkan jentera serta
material bagi memburu kemenangan , manakala sebelah malamnya pula kita
bersimpuh mengadap Allah penuh khusyu' memohon petunjuk dan kekuatan diri serta
memohon nusrah dan maunah buat perjuangan suci ini .
Selamat
berjuang Wahai Ansorullah....